Struktur nama Arab Nama Arab

Ism

Ism (Bahasa Arab: اسم‎) ialah nama peribadi (misalnya, "Karim" atau "Fatimah"). Kebanyakan nama Arab mempunyai makna yang lazimnya menunjukkan kebaikan pemiliknya. Perkataan-perkataan sedemikian digunakan sebagai adjektif ataupun kata nama dalam bahasa biasa.

Karim maksudnya "mulia"[1]Mahmud maksudnya "terpuji"[1]

Secara amnya, konteks dan nahu dapat membezakan kata nama daripada adjektif, akan tetapi akhbar Arab kadang kala cuba mengelakkan kekaburan dengan meletakkan nama dalam kurungan ataupun tanda petikan.

Amalan Muslim

Satu bentuk nama Arab Muslim ialah gabungan Abd (lelaki) atau Amah (perempuan) – kedua-duanya mempunyai maksud "hamba,"[1] – dengan satu daripada Nama-nama Allah. Satu bentuk nama lelaki yang sering ditemui ialah "Abdullah" (Bahasa Arab: عبد الله‎ yang bermaksud "Hamba Allah"; pasangan nama perempuannya ialah "Amatullah".

Nota:

Abd lazimnya tidak digunakan dengan nama para nabi Islam.

Amalan Kristian

Kebanyakan Arab Kristian memiliki nama yang tidak dapat dibezakan daripada Muslim melainkan mereka jarang menggunakan nama yang secara tersurat merupakan nama orang Islam, yakni, Muhammad. nama-nama berikut sering ditemui:

  • Versi Arab buat nama-nama Kristian (misalnya, nama santo: Butros untuk Peter, mahupun nama ini bukan terjemahan).
  • Nama-nama yang berasal daripada bahasa-bahasa Yunani, Armenia, dan Assyria atau Aramia.
  • Nama-nama orang Eropah, terutamanya Bahasa Perancis, Bahasa Yunani dan juga Bahasa Sepanyol di Maghribi. Ini merupakan tradisi lama buat Arab Kristian, terutamanya di Levant. Contoh:George Habash, Charles Helou, Camille Chamoun, dan lain-lain.
  • Nama-nama yang menyanjung Jesus Christ.
Abd al-Yasuʿ (lelaki) / Amat al-Yasuʿ (perempuan) (hamba Jesus)Abd al-Maseeḥ (lelaki) / Amat al-Maseeḥ (perempuan) (hamba al-Masih)Abd al-Ilaah: Padanan nama Muslim, Abdullah, bermaksud hamba Allah, juga digunakan oleh Arab Kristian.

Laqab

Laqab (Bahasa Arab: لقب‎  "nama keluarga") digunakan sebagai pemerian tentang seseorang.

Nama Khalifah Abbasiyah yang masyhur, Harun al-Rasyid mempunyai makna Harun yang "diberi petunjuk."[1]

Pada suatu ketika dahulu, ca 1,000 tahun yang lampau, laqab popular dalam kalangan masyarakat Arab. Pada hari ini laqab digunakan hanya sekiranya ia merupakan nama keluarga sebenar.

Nasab

Nasab (Bahasa Arab: نسب‎) ialah nama pertalian keluarga dan keturunan ter­utama daripada sebelah bapa.[2] Nasab menunjukkan keturunan dengan penggunaan ibn (bahasa Arab basahan, bin) (Bahasa Arab: ابن‎), yang bermaksud "anak lelaki" dan bint, بنت untuk "anak perempuan".

Ibn Khaldun (Bahasa Arab: ابن خلدون‎) membawa makna "anak lelaki Khaldun". Khaldun ialah nama sebenar bapa, atau dalam kes ini, nama sebenar moyang pemilik nama.

Beberapa nasab boleh hadir dalam rantaian nama bagi mengesan leluhur seseorang. Contoh: Abu'l Qasim Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Hakam bin Aʿyan al-Qurasyi al-Masri (Bahasa Arab: أبو القاسم عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الحكم بن اعين القرشي المصري‎). Ini penting pada zaman Arab purba yang mementingkan puak, suku atau kabilah dalam hal-hal pengecaman ataupun interaksi sosial. Walau bagaimanapun, pada zaman ini, ibn atau bint tidak lagi digunakan, melainkan ia gaya penamaan sesebuah negara, daerah atau wilayah, misalnya: Adnan bin Abdallah. Kata majmuk ialah "Abna" (lelaki) dan "Banat" (perempuan). "Banu" dan "Bani" merupakan penggunaan untuk suku dan merangkumi kedua-dua jantina.

Nisbah

Nisbah (Bahasa Arab: نسبة‎ ialah nama yang menyatakan seketurunan.[3] Ia boleh jadi nama biasa, tetapi lazimnya ia terdiri daripada suku nenek moyang, kota, negeri ataupun apa jua nama yang berkaitan. Nisbah digunakan dalam keluarga buat beberapa generasi.

Nota: Penggunaan laqab dan nisbah agak sama, justeru jarang sekali nama seseorang itu mengandungi kedua-dua laqab dan nisbah.

Kunyah

Maklumat terperinci: Kunyah (sistem penamaan)

Kunyah (Bahasa Arab: كنية‎)[4] ialah sebuah nama teknonym dalam nama-nama Arab, yakni nama orang dewasa yang terbit daripada nama anak sulungnya.

Kunyah diungkapkan dengan penggunaan Abu atau Umm, iaitu "bapa" atau "ibu", sebagai satu kata hormat yang menjadi pengganti kepada, ataupun diletakkan bersama-sama, nama seorang Arab ataupun secara lebih am, seorang Muslim.[5]

Kunyah merupakan sebahagian daripada nama Arab yang pada teorinya merujuk kepada anak sulung pemiliknya. Ia boleh dipanjangkan dengan penggunaan rujukan metafora seperti yang terdapat dalam nom de guerre (bahasa Perancis, harfiah, "nama perang") atau dalam nama samaran tanpa merujuk kepada nama anak secara literal.[6] Penggunaan kunyah membawa makna konteks yang mesra tetapi penuh hormat.

Contoh kunyah: Abu Mazin Mahmud, buat "Mahmud, bapa Mazin" (seperti dalam nama Mahmoud Abbas)